Monday, May 3, 2010

Apa Rasional Bahagian Perumahan SUK Negeri Pulau Pinang meletakkan syarat mematikan Setem Hasil RM10 di Surat Akuan?

Nota Akhir : Keputusan untuk melekat Setem Hasil ditarik balik kira-kira dilaksanakan selepas 2 bulan :) (Kemaskini pada 24.04.2012) Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini mewajibkan semua Surat Akuan (Sumpah) yang dikepilkan sebagai dokumen sokongan untuk permohonan membeli/menyewa rumah perlu dimatikan/dimeterai (sealed) dengan Setem Hasil RM10.

Saya amat tidak faham dengan rasional meletakkan syarat tersebut.
Tidakkah Akta Akuan Berkanun 1960 (pindaan 1969) dan Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan adalah cukup untuk mengambil tindakan terhadap akuan yang dibuat secara palsu?
(sumber : http://opendebate.wordpress.com/2008/07/13/akuan-bersumpahsuatu-penerangan/).

Contoh kes :
Bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad hari ini (Jan 31, 2005) diperintahkan supaya membela diri atas tuduhan membuat kenyataan palsu dalam surat akuan bersumpah pada tahun 2001.

Abdul Kudus didakwa membuat kenyataan palsu dalam surat akuan bersumpah di pejabat Yang Dipertua MPAJ pada 26 Sept 2001 yang berbunyi:
"Pada tarikh sekarang ini, saya bebas daripada kesusahan kerana hutang
dan tiada apa-apa jua tanggungan atas apa-apa Surat Gadai Janji Hutang
sama ada sebagai peminjam atau penjamin."

Tuduhan itu mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.


AKUAN BERSUMPAH:SUATU PENERANGAN
http://opendebate.wordpress.com/2008/07/13/akuan-bersumpahsuatu-penerangan/).
Posted on July 13, 2008 by ash037
Akuan bersumpah atau Akuan berkanun merupakan pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 ( Pindaan 1969)
Seseorang yang mengikrarkan Akuan Bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan dokumen berkenaan.
Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah, atau tertakluk kepada Seksyen 4 akta Notari Awam 1959 ( Akta 115) adalah sah untuk mengambil dan menerimaAkuan Bersumpah daripada seseorang yang membuat akuan itu dengan sukarela dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut borang akuan.
Seseorang yang membuat apa-apa Akuan Bersumpah menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960, hendaklah membayar kepada pihak yang mengambil akuan itu sejumlah fee sebagaimanayang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Sekiranya akuan bersumpah yang dibuat didapati palsu setelah siasatan dijalankan, maka orang yang membuat Akuan Bersumpah itu boleh dihukum di bawah Seksyen 199 dan 200 kanun Keseksaaan.
Hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen tersebut adalah penjara maksimum 7 tahun dan denda.
Sekiranya Akuan Bersumpah digunakan untuk tujuan lain (selain daripada keterangan di mahkamah) orang yang membuat Akuan bersumpah itu boleh dipenjara tiga tahun dan denda.

No comments:

Post a Comment

Followers