Thursday, November 11, 2010

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Sempena Hari Diabetis Sedunia

Sempena Hari Diabetis Sedunia yang akan disambut pada 14hb November ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pertubuhan Kencing Manis Pulau Pinang serta 7 buah hospital swasta di negeri ini dan Hospital Pulau Pinang akan bersama-sama menganjurkan satu aktiviti bagi tujuan meningkatkan kesedaran penyakit diabetis di kalangan penduduk.

Hospital-hospital yang mengambil bahagian akan menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang berkaitan dengan diabetis pada hari tersebut. Sebilangan jumlah ujian yang terhad akan diberi kepada peserta dengan percuma di setiap kawasan, namun keutamaan akan diberi kepada warga yang berumur 40 tahun ke atas.

Hospital-hospital swasta yang mengambil bahagian termasuk Pusat Perubatan Gleneagles Pulau Pinang, Pusat Pakar Loh Guan Lye, Hospital Adventist Pulau Pinang, Hospital Lam Wah Ee, Pusat Perubatan Tanjung, Hospital Pantai Pulau Pinang, Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, sementara itu Hospital Pulau Pinang juga menawarkan perkhidmatan di Taman Free School.

Unit-unit lain yang turut memberikan sumbangan dalam menganjurkan aktiviti tersebut termasuk Persatuan Buddhist Butterworth, Pusat Khidmat ADUN dan JKKK di beberapa kawasan.

Perkhidmatan yang disediakan termasuk ujian glukos darah, indeks lemak badan dan indeks massa badan, pemeriksaan tekanan darah, kaunseling pemakanan dan lain-lain lagi. Satu syarahan diabetis juga akan diadakan di Dewan Persatuan Buddhist Butterworth di Tingkat Mak Mandin 3 oleh doktor dari Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang pada jam 9.00 pagi.

Berikut ialah maklumat tempat, masa dan unit-unit yang akan menjayakan program berkenaan pada 14 November 2010:
(1) Balai Rakyat Sri Saujana, Gat Lebuh Macallum – dari 8.30 pagi hingga 12.30 tenghari. Dianjurkan bersama oleh Pusat Perubatan Tanjung, Hospital Pantai Pulau Pinang, Pusat Khidmat ADUN Padang Kota YB Chow Kon Yeow, Pusat Khidmat ADUN Pengkalan Kota YB Lau Keng Ee dan Pusat Khidmat ADUN Komtar YB Ng Wei Aik ;
(2) Dewan JKKK Kampung Melayu – dari 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Dianjurkan bersama oleh Pusat Perubatan Gleneagles Pulau Pinang, Pusat Pakar Loh Guan Lye, Pusat Khidmat ADUN Air Puteh YAB Lim Guan Eng, Pusat Khidmat ADUN Ayer Itam YB Wong Hon Wai, Pusat Khidmat ADUN Paya Terubong YB Yeoh Soon Hin, Pusat Khidmat Ahi Parlimen Bukit Bendera YB Liew Chin Tong ;
(3) Dewan Taman Free School – dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Dianjurkan bersama oleh Hospital Lam Wah Ee, Hospital Pulau Pinang, Pusat Khidmat ADUN Datuk Keramat YB Jagdeep Singh Deo, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jelutong YB Jeff Ooi dan JKKK Taman Free School;
(4) Dewan Komuniti Blok B Taman Kristal – dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengari. Dianjurkan bersama oleh Hospital Adventist Pulau Pinang, Pusat Khidmat ADUN Pulau Tikus YB Koay Teng Hai dan JKKK Pantai Molek;
(5) Persatuan Buddhist Butterworth (Butterworth Buddhist Association), Tingkat Mak Mandin 3 – dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Dianjurkan bersama oleh Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Persatuan Buddhist Butterworth, Pusat Khidmat ADUN Sungai Puyu YB Phee Boon Poh, Pusat Khidmat ADUN Bagan Jermal YB Lim Hock Seng, JKKK Kampung Simpah.
Pendaftaran untuk ujian dan pemeriksaan hanya akan dijalankan pada hari tersebut sahaja.

No comments:

Post a Comment

Followers