Monday, September 6, 2010

Jabatan yang mempunyai kuasa untuk Menangani Masalah Pensakit Mental



Surat Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia JKMM 500/04/1 Jld.3(25) bertarikh 30 Jun 2009 menyatakan bahawa
- Quote -
Mesyuarat Antara Agensi Jawatankuasa Membanteras Pengemisan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia Bil. 1/2009 yang diadakan pada 3 Mac 2009 telah menjelaskan bahawa:-

2.1 Pegawai Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai kuasa untuk mengambil/menyelamat/menangkap orang yang disyaki berpenyakit mental;

2.2 Pegawai Polis mempunyai kuasa untuk menangkap orang yang disyaki berpenyakit mental;
2.3 Bidang kuasa mengendalikan kes-kes yang berpenyakit mental adalah terletak di bawah Kementerian Kesihatan seperti yang diperuntukkan dalam Mental Disorders Ordinance 1952.

Penjelasan di atas adalah selaras surat edaran kepada semua Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan mengenai perkara yang sama bil. JKMM 94/JD.III/(5) bertarikh 15 Disember 1994 yang disertakan salinannya bersama-sama ini.

- Unquote -

No comments:

Post a Comment

Followers