Thursday, January 7, 2010

Projek Cari Oh Projek Cari

Seorang penerima bantuan Kebajikan Masyarakat telah mengadu wang bantuan kebajikan yang memang telah diluluskan tetapi tidak diterima. Bantuannya telah diluluskan untuk tempoh Jun 2009 hingga November 2009, namun pada hari ini, iaitu 7/1/2010, beliau hanya menerima bantuan untuk tiga bulan, iaitu bulan Julai, bulan Disember dan satu bulan yang tidak dapat pasti kerana surat telah dituntut balik oleh pegawai JKM semasa beliau membuat tuntutan wang. Ia dipercayai bayaran bulan Jun.
Di sini tanda soalnya ialah kenapa perkara ini terjadi? Jawapannya mudah. Kerana bantuan kebajikan yang diluluskan di bawah Projek Cari* memang menggunapakai sistem yang aneh. Ia tidak sama dengan penyaluran bantuan yang biasa di mana wang bantuan disalurkan pada tarikh yang tetap dan dibuat lazimnya melalui Bank Simpanan Nasional.
Wang bantuan yang disalurkan di bawah Projek Cari begini biasanya:
1) cara pembayaran tidak tetap tarikhnya malahan sering lewat. Ia boleh satu bulan langsung tak ada berita. Ia boleh datang sekaligus lebih tiga bulan. Maka orang miskin yang perlukan bantuan hanya boleh menunggu wang bantuan ternga-nga.
2) wang bantuan hanya boleh dituntut apabila surat pemberitahuan dihantar oleh pegawai JKM. Bayangkan - bayaran bulanan kena buat dengan surat tiap-tiap bulan. Sedangkan kakitangan di JKM sibuk dengan kerja sedia ada yang tak siap-siap, walaupun piagam kelulusan adalah sebulan, tetapi masa kini ada yang mengambil masa 2 bulan malahan empat bulan enam bulan pun ada.
Yang lebih kesian, ada orang yang tak dapat surat, dan sebabnya tidak tahu. Tak ada rekod surat tu dilahir belum. Jika wang tidak dituntut lepas sesuatu tempoh singkat, maka wang itu hangus apabila dikembalikan (ada satu tanda soal di sini).
Buat apa susah-susah sangat, kenapa JKM tidak menggunakan sistem sedia ada tetapi mewujudkan sistem yang begitu tidak transparen sekali?
Untuk pengetahuan, Projek Cari ini sering dikaitkan dengan projek komuniti Barisan Nasional. Kakitangan yang digunakan untuk Projek Cari kebanyakan dari ahli-ahli, pada masa kini, MCA. Terdapat juga aduan orang ramai bahawa kakitangan ini terus terang memberitahu bantuan adalah daripada MCA. Bagaimana ia boleh dari MCA sedangkan gaji kakitangan serta wang bantuan semua adalah dari pembayar-pembayar cukai???
Sistem Projek Cari ini meninggalkan pelbagai soalan. Macam orang miskin boleh ikat perut semasa wang bantuan tidak sampai berbulan-bulan. Wang yang tidak "disalurkan" itu kemudian pergi mana. Selamat tidak wang tunai dipegang dan diedar oleh kakitangan-kakitangan JKM. Ada yang terlalu takut nak beri komen kerana kakitangan kontrak MCA tersebut bergaya macam Menteri. Malahan saya tidak dapat bayangkan adakah pengarah-pengarah kebajikan masyarakat di setiap negeri berani tegur mereka, kan orang yang digaji ini anak buah menteri???
Itulah. Barisan hanya fikirkan kepentingan politik daripada perut rakyat.

No comments:

Post a Comment

Followers