Sunday, December 27, 2009

Appeal to drop "Berhad"

Appeal to drop "Berhad"

Letter to be written to :
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna Malaysia

What to be asked:
Non-Profit companies to drop the "Berhad" from their company name.

What is related:
Borang 15A Companie Act 1965, License under Section 24(2)

What the content of the letter given by the minister normally read:

"Whereas it has been proved to my satisfaction,
(a) That ___ Berhad was incorporated as a ___ for the promotion of charitable and useful objects set out in Memorandum of Association of the Company;
(b) the Company intend to apply the whole of its profits and other income in the promotion of the said charitable and useful objects;

the Company is prohibited by its constitution from paying dividend or bonus to its members.

Now ... I, do hereby authorize, by virtue of the powers conferred upon me, to change its name to a name which does not contain the word "Berhad". "

Thursday, December 24, 2009

Appeal for Tax Exemption for donation raised by associations and societies

Appeal for Tax Exemption for Donation Raised by Societies / Associations

Letter to be written to :
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bahagian Teknikal, Tingkat 12, Blok 9, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Duta, Peti Surat 11833, 50758 Kuala Lumpur.

What to be asked:
Kelulusan mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapat 1967, di mana segala derma wang tunai layak diberi potongan dalma mengira jumlah pendapatan kepada penderma-pendermanya.

Wednesday, August 12, 2009

Foreign Workers Problem - Staying Over Crowded in Apartment

Facing problem of Foreign Workers staying in your apartment? The authorities said no action can be taken ?

Answer below may help.


Di bawah Seksyen 78, Akta Kerajaan Tempatan 1976, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang membenarkan sesebuah rumah diduduki dengan sebegitu penuh sesak hingga mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan penduduknya.

Hukuman seperti berikut akan dikenakan jika disabit kesalahan. Denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sebutan kes.

Sesebuah rumah bolehlah disifatkan sebagai sebegitu penuh sesak hingga mendatangkan bahaya atau mudarat kepada kesihatan kepada penduduknya jika rumah itu atau mana-mana bilik di dalamnya didapati diduduki lebih daripada kadar seorang dewasa bagi setiap tiga ratus lima puluh kaki padu (350 kaki padu) ruang dalam bersih dan dalam pengiraan itu tiap-tiap orang berumur lebih daripada 10 tahun umurnya hendaklah disifatkan sebagai seorang dewasa dan dua orang kanak-kanak berumur tidak lebih daripada 10 tahun hendaklah dikira sebagai seorang dewasa.
Thank you letter by Penang DAP Secretary and MP for Tanjung Chow Kon Yeow whenvisiting the Cecil Street Market on 4 December 1999 at 4pm to thank voters fortheir support given at the general election.--------------------------------------------------------------------------------\-------------------------------------------Although the DAP had been marginalised in Parliament, its MPs would speak outwithout fear or favour to ensure the political, economic, religious and culturalrights of the people are upheld.--------------------------------------------------------------------------------\---------------The Penang DAP accept with humility the decision of the people made on theNovember 29 general election where the party could only managed to retain theBatu Lanchang state seat and saw the exit of Lim Kit Siang and Karpal Singh fromthe Parliament for the first time in 30 years.The Barisan Nasional effective fear campaigns on the Islamic state issue andpolitical instability were so successful that many Chinese decided to opt forthe status quo.The swinging of Chinese votes to the BN has dashed the DAP’s hope of winningabout 25 to 30 Parliament seats to play an important role of ensuring that therewill be greater democracy, freedom, justice and good governance.However, he DAP has been marginalised in Parliament as PAS has emerged strongestwith their impressive winning of 27 Parliament seats.Umno and Pas are likely to turn Parliament into a forum on Islamic policies tocompete for the Malay support which may bring undesirable effect on thenon-Malay populace.Although the DAP had been marginalised in Parliament, its MPs would speak outwithout fear or favour against policies that is detrimental to the political,economic, religious and socio-cultural rights of the people.MCA and Gerakan had received solid Chinese support this election and musttherefore protect the rights of the Chinese.Although the Penang DAP did not performed very well, I am personally thankful tothe voters of Tanjung for electing me to be their MP. I pledge to continue thegood works of Sdr. Lim Kit Siang who served the Tanjung constituency for thepast 13 years.We have not given up our political struggle and after taking stock of thepresent political challenge we would be in the forefront again to bringmeaningful change to our society.I also want to pay my respect to Lai Hon Meng, my running mate in Pengkalan Kotafor taking his defeat gracefully. His determination to continue his politicalstruggle is most admirable and this election defeat has made him a betterpolitical worker for the new millennium.
Re: The Patchy Roads of Penang

The roads in Penang are maintained by MPPP and MPSP. My comrade, Lai HonMeng has issued a statement to critisize MPPP for the poor road condition inPenang.

In response to that, Dr Teng announced MPPP is going to spendmoneys to repair the main roads in Penang.

I am thinking of forming a working group in DAP youth wing to become thewatch dog of all
MPPP/MPSPfunctions. And at the end of the year, we will come up an alternative budgetfor MPPP/MPSP.

Mutiara-netters can contribute by providing ideas and theyouth wing can pick up the ideas and present it as an alternative plan. Remember we have a good idea already that is asking all city councillors topay their own parking fees. So that, they can feel it when they are askedto pay during public holidays and Sat/Sun night.

Angelina, I am keen to read the report by your housemate. Probably, you canbring along when you come back to Penang.Regards,Wong Hon Wai#Just a note, there is a software called Apache - A patchy server. And it isused by 90% of the web servers in the world.

8)-----Original Message-----From: saeng@... <saeng@...>To: mutiara-net@onelist.com <mutiara-net@onelist.com>Date: Sunday, February 28, 1999 3:56 AM

Tuesday, August 11, 2009

List of NGOs in Penang

Finding NGOs in Penang? Mencari Senarai NGO di Pulau Pinang?

Dapatkan di
http://www.penangcares.net

.... walaupun sudah lama tidak dikemaskini, namun masih boleh pakai ...

Wednesday, August 5, 2009

"Bersama Rakyat Iraq menentang Peperangan" anjuran ASEAN Network for Iraq di Pulau Pinang pada hari Ahad, 10 November 2002.

Artikel ini disesuaikan dari teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha DAPSY Pulau Pinang Sdr. Lai Hon Meng di program "Bersama Rakyat Iraq menentang Peperangan" anjuran ASEAN Network for Iraq di Pulau Pinang pada hari Ahad, 10 November 2002.

Bersama Rakyat Menentang Peperangan Loke Siew Fook
Penyertaan pelbagai parti politik daripada BN, PAS, DAP dan Keadilan bersama-sama dengan badan-badan NGO yang lain di dalam program ini cukup menggambarkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai kata sepakat bahawa kami rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dengan sesungguhnya menyatakan pendirian kami bahawa kami tidak menyokong sebarang usaha oleh Amerika Syarikat untuk menggunakan kekerasan atau peperangan untuk menyelesaikan masalah Iraq dan juga masalah-masalah antarabangsa yang lain.
Masih segar dalam ingatan kami mengenai Perang Teluk yang berlaku pada tahun 1991. Walaupun kami mengutuk Iraq yang ingin menakluki Kuwait pada masa itu, namun penyertaan besar-besaran Amerika Syarikat dalam perang tersebut lebih merupakan untuk kepentingan diri mereka sendiri terutamanya kepentingan ekonominya melalui penguasaan kuasa minyak di Timur Tengah daripada berperang untuk melindungi Kuwait.
Pelakonan Amerika Syarikat bahawa kononnya merekalah penyelamat tamadun manusia dengan mengambil tindakan menjadi Polis Dunia di mana berlakunya konflik adalah sesuatu yang tidak sihat malah memberikan kesan yang negatif sehingga menjadikan Amerika Syarikat sebagai kuasa hegemoni dunia pada hari ini. Mereka ingin menjadi kuasa tunggal di mana tidak ada lagi kuasa dunia yang lain yang dapat menandinginya dari segi kuasa ketenteraan, ekonomi dan politik antarabangsa.
Perkembangan terbaru mengenai potensi Amerika Syarikat menyerang Iraq adalah amat membimbangkan. Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan satu resolusi iaitu resolusi 1441 dua hari yang lepas yang memberikan Iraq tempoh 7 hari untuk bersetuju bekerjasama dengan PBB untuk memberikan kuasa kepada PBB memeriksa kuasa senjatanya yang didakwa oleh Amerka Syarikat bahawa mereka mempunyai senjata destruksi massa. Namun yang membimbangkannya ialah resolusi tersebut telah didrafkan oleh Amerka Syarikat sendiri.
Namun, walaupun PBB masih ingin menggunakan cara diplomasi untuk menyelesaikan masalah di Iraq, Amerika Syarikat telah menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka sudah bersiap-sedia untuk berperang.
Menurut laporan AP, Pentagon telah secara senyap bersedia untuk berperang dengan mengerahkan puluhan ribu askar di rantau Timur Tengah bersama-sama dengan ratusan jet pejuang dan juga peralatan perang yang lain. Two kapal pengangkut jet pejuang adalah dalam lingkungan menyerang ke arah Iraq dan dua lagi sedang menuju ke arah yang sama.
Selepas resolusi yang disediakan oleh Amerika Syarikat itu diluluskan di Majlis Keselamatan PBB, Presiden Bush dengan nada yang angkuhnya mengatakan bahawa:
"He must submit to any and all methods to verify his compliance. His cooperation must be prompt and unconditional or he will face the severest consequences" kata Bush kepada Saddam Hussien.
Keangkuhan George W. Bush memang telah diketahui apatah ditambah pula dengan kemenangan besar Parti Republikan dalam pilihanraya pertengahan Amerika Syarikat pada minggu lepas. Kemenangan Republikan dalam kedua-dua cabang Congress telah digunakan oleh Bush dengan sepenuh-penuhnya sebagai mandat untuk menggunakan sebarang cara kekerasan untuk menentang Iraq. Namun begitu, kami percayai bahawa ramai rakyat Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mereka melancarkan perang.
Sebagai pertubuhan yang berusaha untuk menyekat perang, kami perlu berhati-hati supaya tidak berlaku stereotyping kepada mana-mana masyarakat, kaum atau agama kerana kami yakin tidak ada masyarakat bertamadun dan tidak ada agama yang menggalakkan peperangan. Kita perlu-perlu bersama-sama mengejar cita-cita untuk menjadikan dunia kita aman dan damai.
Usaha Amerika Syarikat untuk meggunakan ketenteraan ke atas Iraq sebenarnya juga mendapat tentangan yang hebat dari masyarakat Amerika Syarikat sendiri. Satu laporan think tank yang beroperasi di Washington menyatakan bahawa Amerika tidak mempunyai justifikasi undang-undang untuk menyerang Iraq.
Menurut laporan tersebut, Iraq pada masa kini telah melanggari satu seksyen Resolusi Majlis Keselamatan PBB 687 yang memerlukan Iraq memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada PBB untuk memeriksa senjatanya. Walaupun seksyen ini selalu bertukar menjadi konflik, namun Iraq telah mematuhi ketetapan ini sehingga 1998.
Namun dalam Resolusi 687, tidak ada disebutkan bahawa ia memberi kuasa kepada mana-mana negara untuk menggunakan ketenteraan walaupun resolusi PBB tidak dipatuhi.
Artikel 41 dan 42 dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu mengatakan bahawa tidak ada negara ahli yang boleh melancarkan resolusi ketenteraan dengan sendirinya sehinggalah PBB memutuskan bahawa terdapat pelanggaran terhadap resolusi yang ditetapkannya, segala cubaan pelaksanaan resolusinya yang berbentuk bukan militari telah digunakan dan Majlis Keselamatan memutuskan penggunaan kekerasan.
Sekiranya pihak Amerika Syarikat secara unilateral menggunakan ketenteraan ke atas Iraq, maka Amerika telah melanggari prinsip prinsip keselamatan bersama dan juga merendahkan autoriti Bangsa-bangsa Bersatu. Sekiranya ini berlaku, kita akan melihat satu dunia yang sangat tidak stabil kerana negara-negara ahli PBB yang lain juga akan mengugut untuk menggunakan ketenteraan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara mereka sendiri atau untuk kepentingan negara mereka dan ini akan disusuri dengan satu keadaan anarki antarabangsa yang sangat serius dan tidak dapat dielakkan.
Kami berkumpul di sini pada pagi ini bukannya untuk mempertahankan regim Saddam Hussien ataupun menyokong usaha ketenteraannya. Kami berkumpul di sini hanya untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu ke arah "no to war ". Kami tidak mahu peperangan berlaku di mana-mana pelusuk di dunia kita. Kami menyeru juga kepada Iraq supaya mematuhi ketetapan Bangsa-bangsa Bersatu dan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa supaya menyerahkan sebarang senjata yang berunsur destruksi massa sekiranya ada dan menggugurkan sebarang rancangan ketenteraan atau senjata yang boleh mengancam keamanan dunia.
Namun, masyarakat antarabangsa khasnya PBB dan Amerika Syarikat juga perlu dengan segera menghentikan embargo ekonomi ke atas Iraq yang telah mengakibatkan kesengsaraan dan kematian begitu banyak nyawa manusia di kalangan rakyat Iraq khasnya wanita dan kanak-kanak. Usaha antarabangsa perlu ditujukan ke arah mengembalikan kehidupan biasa kepada rakyat Iraq dan bukan hanya untuk memikirkan bagaimana untuk menggulingkan Saddam Hussein.
Kesimpulannya, Bangsa-bangsa Bersatu perlu manjalani satu proses reformasi dengan memainkan satu peranan yang benar-benar menjadi pejaga keamanan dunia. PBB pada hari ini yang dipengaruhi oleh kuasa Amerka Syarikat lebih merupakan satu agen dunia yang hanya "Serve the purpose and the interests of the Americans".
Keangkuhan Amerika Syarikat khasnya Presiden Bush untuk membalas dendam terhadap peristiwa September 11 tidak akan membawa keamanan kepada dunia. Kami semua mengutuk pengganas yang telah menyebabkan September 11. Sekumpulan ekstremis yang menggunakan kaedah kekerasan telah mencemarkan nama agama Islam. Saya yakin kawan-kawan Muslimin tentu tidak bersetuju dengan cara kekerasan kerana ajaran agama Islam mengajar penganutnya sentiasa hidup dalam keadaan aman damai dan kesederhanaan.
Kepercayaan Bush bahawa "an eye with an eye" tidak akan membawa keamanan kepada dunia kita. Selagi Iraq tertindas, selagi Palestin diserang oleh Israel, selagi hegemoni Amerika Syarikat tidak dikawal, selagi PBB menjadi butang peperangan Amerika Syarikat, saya percaya kita akan lihat lebih ramai lagi kemunculan Osama bin Laden dan lebih banyak keganasan berlaku.
Kami perlu bersepakat menentang keganasan dan terrorisme, namun masyarakat antarabangsa perlu menangani faktor akar atau root causes of terrorism. Parti-parti politik di negara kita perlu sentiasa berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa perjuangan politik perlu dilakukan melalui proses demokrasi dan saya boleh mengatakan bahawa DAP akan selama-lamanya berpegang teguh kepada prinsip ini. Kita boleh terus mempunyai perbezaan fahaman politik, perbezaan pendapat namun apa yang kita perjuangkan di negara kita ialah supaya asas demokrasi diperkukuhkan, prinsip-prinsip demokrasi dihormati oleh kerajaan dan ruang demokrasi diperbesarkan untuk seluruh rakyat Malaysia. Demokrasi dapat menentukan rakyat Malaysia terus hidup dalam keadaan aman dan damai dan kami perlu bertungkus-lumus untuk membanteras segala unsur keganasan di kalangan rakyat kita.
LOKE SIEW FOOK, 25 ialah pemangku Setiausaha Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, YB Kerk Kim Hock. Beliau menerima ijazah Sains Pembangunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2000.
Artikel ini disesuaikan dari teks ucapannya yang dibacakan oleh Setiausaha DAPSY Pulau Pinang Sdr. Lai Hon Meng di program "Bersama Rakyat Iraq menentang Peperangan" anjuran ASEAN Network for Iraq di Pulau Pinang pada hari Ahad, 10 November 2002.

Followers