Monday, October 29, 2012

Kawalan Kesesakan Dalam Rumah

Kerajaan Negeri mempunyai kawalan terhadap isu selaras dengan Seksyen 78 &79, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKT) iaitu tindakan pendakwaan boleh diambil terhadap seseorang yang membenarkan sesebuah rumah diduduki dengan sebegitu penuh sesak sehingga mendatangkan bencana atau bahaya kepada kesihatan penghuninya.




Mengikut seksyen 79 “rumah sesak ialah jika rumah atau mana-mana bilik di dalamnya didapati diduduki lebih daripada kadar seorang dewasa bagi tiap-tiap 350 kaki padu ruang dalam bersih dan dalam pengiraan itu tiap-tiap orang berumur lebih daripada 10 tahun hendaklah disifatkan sebagai seorang dewasa dan dua orang kanak-kanak berumur tidak lebih daripada 10 tahun hendaklah dikira sebagai seorang dewasa”.

Followers